Saturday, July 18, 2009

Pekeliling/Surat Pekeliling

Assalamualaikum

Baru nak mulakan. Insyallah saya akan menulis mengenai Pekeliling/Surat Pekeling Perkhidmatan, Pekeliling/Surat Pekeliling Perbendaharaan, Perintah-Perintah Am, Panduan Pengurusan Pejabat dan lain-laian mengenai peraturan dan tatacara perkhidmatan dan perolehan

Friday, July 17, 2009

Jom Sertai Sahabat ZOOM!

Malaysia bersama komuniti pembaca LIBUR meneroka destinasi percutian terunggul di Malaysia. Bersempena dengan kempen pelancongan domestik ZOOM! Malaysia, LIBUR dan Tourism Malaysia akan menganjurkan program Sahabat ZOOM! Malaysia bagi menyemarakkan lagi industri pelancongan negara.

Program ini bertujuan untuk memupuk budaya melancong secara terancang di kalangan masyarakat dengan mengunjungi destinasi percutian menarik di Malaysia.

Sahabat ZOOM! Malaysia ini adalah satu program bersepadu yang bakal menghimpunkan komuniti rekreasi di kalangan pembaca LIBUR untuk menghayati keindahan destinasi percutian domestik sepanjang tahun. Peserta akan diberikan pendedahan dan penerangan khusus tentang destinasi percutian yang dikunjungi yang akan diadakan setiap bulan.

Program ini mensasarkan penyertaan di kalangan pembaca-pembaca majalah LIBUR, kelab-kelab rekreasi, persatuan belia, organisasi rekreasi, agensi pelancongan, pelajar-pelajar sekolah dan IPT serta individu yang minat melancong.

Ayuh sertai Sahabat ZOOM! Malaysia dan nikmatilah keindahan serta keseronokan bercuti dalam negara sendiri bersama kami!